Monday, 17 February 2014

INFO CERGAS: SENAMAN UNTUK KEMPISKAN PERUT

Bagi anda yang ingin kempiskan perut anda, anda boleh cuba senaman – senaman di bawah

SENAMAN KAYUH BASIKAL SAMBIL MELAKUKAN CRUNCHES
  • Baringkan badan
  • Angkat kedua – kedua lutut.
  • Angkat kepala dari lantai sebanyak beberapa inci
  • Gunakan kaki untuk lakukan pergerakan seperti mengayuh basikal
  •  Lakukannya selama 20 saat bagi setiap sesi dan lanjutkan masa jika anda sudah kuat
  • Selain kekalkan kepala, anda juga boleh lakukan rutin senaman ini dengan mengangkat dan letakkan kepala kembali
  • Senaman joging dan renang
  • Setiap minggu anda lakukan senaman joging sebanyak beberapa sesi dan pastikan setiap bulan anda ada lakukan aktiviti renang buat beberapa sesi juga. Senaman joging dan renang dapat membantu anda untuk peroleh momentum kadar metabolisma yang tinggi
  • Untuk lebih cepat membakar lemak, anda boleh lakukan senaman bangun tubi dan tekan tubi selepas sahaja anda selesai melakukan senaman joging dan renang
  • Senaman santai yang melibatkan perut
  • Dari semasa ke semasa, anda lakukan senaman berikut
  • Ketika bangun dari kerusi, goyangkan perut anda dalam bentuk bulatan
  • Ketika duduk di atas kerusi, anda luruskan kaki dan angkat dari lantai. Gerakkan otot perut dengan menggerakkan kepala
  • Gunakan tangga berbanding elevator atau lif
  • Lakukan larian setempat selama beberapa minit
  • Lakukan senaman tekan tubi pada dinding
  • Dan lain – lain senaman yang anda rasa sesuai. Senaman santai ini dapat bantu anda untuk kekalkan momentum kadar metabolisma yang tinggi


SQUAT. APAKAH KELEBIHANNYA??
Pasti ramai yang pernah mendengar dan pernah mencuba senaman squat ini. Terutamanya kepada golongan wanita, senaman squat lebih terkenal sebagai salah satu cara untuk mendapatkan bentuk punggung yang lebih cantik. Squat adalah senaman yang amat bagus untuk bahagian bawah badan. Squat juga amat mudah untuk di amalkan kerana ianya boleh di lakukan hampir di mana-mana, dengan menggunakan peralatan ataupun tanpa sebarang alatan. Selain itu, apakah lagi kelebihan squat?

Membentuk dan menguatkan otot badan
Squat sememangnya melibatkan bahagian bawah badan dan membantu membina otot kaki seperti quadriceps dan hamstrings tetapi senaman ini juga boleh menggalakkan pembinaan otot di seluruh badan. Pengeluaran testosteron terhasil apabila senaman squat di lakukan dengan betul. Ianya membantu dalam membantu pertumbuhan otot di kawasan selain daripada kaki anda.  

Mengekalkan keupayaan untuk bergerak
Kaki adalah bahagian tubuh terpenting untuk memudahkan kita bergerak dan melakukan aktiviti seharian. Squat dapat membantu meningkatkan kekuatan kaki dan mengurangkan peluang untuk sakit belakang badan ataupun sakit lutut. Kajian menunjukkan bahawa orang-orang tua yang menghidap osteoarthritis menunjukkan penurunan sakit lutut dan boleh lebih cepat berjalan laju dengan latihan squat.


Meningkatkan keseimbangan
Squat dapat memberi hasil kepada dalaman kita. Selain daripada menstabilkan otot, ia membantu anda untuk mengekalkan keseimbangan badan. Ia terbukti meningkatkan komunikasi di antara otak dan otot utama badan yang boleh meningkatkan daya ingatan otot seterusnya mencegah badan daripada jatuh. Squat boleh menggantikan pengambilan suplemen untuk tulang dan sebagainya.

Membakar kalori
Akhir sekali, squat juga dapat membakar kalori dengan lebih banyak berbanding lain-lain senaman kaki. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, squat membantu membentuk otot keseluruhan badan. Salah satu cara yang efektif untuk membakar lebih kalori adalah dengan meningkatkan lebih otot badan. 


ANTARA GAYA SENAMAN UNTUK KEMPISKAN PERUT.



CARA MENGECILKAN LENGAN DENGAN MUDAH DAN BERKESAN

Mengecilkan Lengan Tangan –
Para wanita biasanya sangat cemas jika memiliki lengan tangan yang berlemak atau bergelembir. Pelbagai cara mereka lakukan untuk mengecilkan lengan tangan, namun kadang kala hasilnya kurang jelas.



Mengecilkan Lengan Tangan


            Wall Push Up
Untuk melakukan cara ini, berdiri dengan jarak sekitar 3 langkah dari tembok kemudian lunjur  tangan mengarah ke arah dinding. Lakukan gerakan seperti push up biasa, hanya di dinding. Kembalikan tubuh ke posisi semula dengan menggunakan tangan sampai posisi tubuh berdiri seperti pada posisi sebelumnya. Perhatikan ritme gerakan push up. Lakukan sebanyak-banyaknya, tapi jangan dipaksa apabila punggung atau otot sudah terasa sakit.

Triceps Push-Up
Perlu anda ketahui, triceps push-up tersebut berbeza dengan push-up seperti biasanya. Bezanya yakni dimana posisi kedua tangan anda lebih dekat dan siku bergerak tetap dalam posisi dekat dengan pinggang anda, iaitu siku dibengkokkan kearah dalam tubuh. Kita boleh merasakan otot yang bekerja adalah otot lengan atas bahagian dalam (tricep: sisi yang lebih dekat dengan tubuh). 

Cara Melakukan Triceps Push-Up.
    1. Posisikan badan anda seperti gambar diatas, dengan tertumpu pada telapak tangan dan lutut anda.
    2. Kemudian turunkan tubuh anda secara perlahan dengan cara menekuk siku kearah dalam tubuh.
    3. Tegakkan kembali siku anda, dan ulangi gerakan
    1. Weighted Punch

No comments:

Post a Comment