Info Sihat



15 RAHSIA KEKAL SIHAT & MUDA
Agak mustahil untuk menjalani kehidupan harian tanpa sebarang masalah. Itu adalah orang yang betul-betul sempurna. Namun, sejauh manakah kesempurnaan yang diperolehinya? Jangan lupa, kesempurnaan tudak akan lengkap tanpa hidup yang lebih sihat. Beberapa tip berikut boleh dikongsi dalam menjadikan diri anda lebih sihat dan awet muda.



1)      TANGANI STRESS

Menurut peneliti dari Harvard Medical School, perasaan marah boleh membuat anda penat, stress dan merosakkan paru-paru. Kajian yang dilakukan selama lebih 8 tahun terhadap 700 orang mendapati mereka yang sering marah atau bertengkar boleh menyempitkan aliran darah ke paru-paru



2)      MAKANLAH IKAN PANGGANG / REBUS

Pengambilan ikan mackerel, sardine dan salmon yang dipanggang atau rebus boleh membuatkan denyutan jantung lebih baik. Hasil penelitian ahli gizi di Amerika membuktikan ikan yang dipanggang atau rebus jauh lebih baik berbanding yang digoreng atau dikeringkan.



3)      MINUM KOPI

Kafein dapat melindungi fungsi otak. Manakala peneliti dari Perancis pula mengatakan wanita yang minum kopi 3 kali sehari dapat mengelakkan penurunan kognitif sebanyak 30%. Malah, mereka tidak mengalami masalah ingatan pada usia tua berbanding bukan peminum kopi. Jadi, minumlah kopi dalam 5 kali seminggu kerana ia mampu menurunkan kognitif pada otak sebanyak 20%



4)      AMBILAH SI ‘D’

      Menurut Dr. Marilyn Glenville, pakar nutrisi dari King’s College London mengatakan tanda penuaan boleh kelihatan pada wanita yang kurang mengambil vitamin D.  Ini kerana vitamin D membantu menurunkan tekanan darah, meningkatkan kekebalan badan dan melindungi dari penyakit kanser dan jantung. Antara sumber vitamin D seperti sinaran matahari, suplemen minyak ikan, salmon, tuna dan udang.



5)      KOMBINASI ZAITUN

Masukkan kacang-kacangan, ikan, sayuran dan buah-buahan dalam menu harian anda. Pengambilan makanan segar yang ditambah dengan minyak zaitun akan membuatkan anda kelihatan lebih muda dua tahun daripada usia sebenar.



6)      KATAKAN ‘SALAM’ PADA KAWAN-KAWAN

Sapaan ini boleh dilakukan setiap hari kerana ia dapat meredakan stress dan membantu melepaskan hormone endorphin. Selain itu, menyapa dengan senyuman merangsang lebih dari 30 otot-otot wajah dari kedutan.



7)      LUAHKAN PERASAAN

Gunakan diari untuk anda meluahkan apa yang ada dalam fikiran dan perasaan anda agar tahap stress anda berkurangan


8)      JAUHI DARI SOFA

Berehat terlalu lama di sofa juga tidak baik. Menurut penelitian terbaru di Amerika mendapati seseorang yang duduk lebih 6 jam setiap hari dapat meningkatkan risiko kematian berbanding mereka yang duduk kurang dari 3 jam.


9)      BERTEMAN

Satu penelitian yang dilakukan lebih dari 20 tahun mendapati seseorang yang mengikat hubungan social dengan baik kurang memperolehi penyakit kerana hubungan itu mampu membuatkan seseorang itu awet muda dan sihat.



10)   GANTIKAN PUTIH KEPADA COKLAT

Mungkin anda boleh membuat perubahan dengan menggantikan gandum putih kepada gandum coklat sekurang-kurangnya dua kali seminggu untuk mengurangkan 16% risiko diabetes tahap 2.



11)   LEBIHKAN SAYURAN

Belilah buah dan sayuran yang masih segar. Bersihkan terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam peti ais. Ini untuk mengelakkan kerosakkan kandungan vitamin C daripada pelbagai makanan di dalamnya.



12)   SENAMAN KETIKA BERBELANJA

Senaman juga boleh dilakukan ketika anda membeli belah. Caranya dengan membawa sendiri barang-barang perbelanjaan ke tempat meletakkan kenderaan anda.



13)   NIKMATI THE HIJAU

Menurut peneliti Cina, seseorang yang minum teh hijau akan kelihatan lebih muda 5 tahun berbanding mereka yang minum the hujau hanya secawan dalam sehari. Tambahkan dengan perasa lemon untuk memberi kekuatan pada badan dan melawan penyakit.



14)   KIRA GULA DAN GARAM

Garam dan gula adalah lemak jahat yang dapat menyumbat arteri sehingga naiknya tekanan darah. Jadi, anda boleh meneliti label makanan uang ingin dibeli.



15)   TEGAK

Usia yang meningkat akan membuatkan postur badan turut berubah. Badan akan membongkok akibat tulang belakang kurang fleksibiliti. Menurut jurulatih yoga, Lynne Robinson, beberapa gerakan boleh dilakukan untuk regangan tulang punggung dan paha. 

No comments:

Post a Comment