REALISASIKAN LANGKAH DEMI LANGKAH
Menjelang tahun baru, tibalah masa untuk anda mula membuat resolusi untuk badan yang lebih sihat dan cergas! Tip di bawah dapat membantu anda untuk merealisasikan diet anda. Ikuti langkah demi langkah ini.
TIPS 1 : NIKMATI MAKANAN ANDA… MAKAN SECARA PERLAHAN
Adakah anda mengambil masa 5-10 minit untuk habiskan satu hidangan? Jika ya, inilah masa untuk anda perlahankan ‘pace’ anda! Kunyah makanan sekurang-kurangnya 30-40 kali untuk setiap suap makanan. Ambilah masa 20-30 minit untuk satu hidangan makanan.
TIP 2 : PILIH PROTEIN TANPA LEMAK
-
Jangan memilih jenis makanan berprotein yang
tinggi lemak! Berat badan akan naik dan aras kolestrol kita mudah terjejas
dengan pilihan makanan berprotein yang tinggi lemak dengan kerap. Lebihkan
pengambilan ikan, ayam (tanpa kulit) dan tauhu, kurangkan kekerapan pengambilan
daging merah seperti lembu dan kambing, makanan laut seperti udang, sotong,
kerang, dan sebagainya. Dengan mengutamakan cara masakan rendah lemak seperti
rebus, singgang, bakar, stim dan sup, berat badan anda pasti dalam lingkungan
ideal.
TIP 3 : SERAT, SERAT, SERAT
-
Serat memainkan peranan yang amat penting dalam
mengelakkan masalah sembelit, membantu mengawal aras gula, kolestrol darah dan
tekanan darah. Yang penting sekali, ia mengawal berat badan anda. Penuhilah
peti sejuk anda dengan pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran. Penuhilah
juga almari anda dengan makanan berserat tinggi seperti biskut tinggi serat,
roti bijirin penuh dan bijirin sarapan tinggi serat.
-
Inilah tip makanan yang paling murah! Tanpa
pengambilan air yang mencukupi,anda akan rasa mudah letih dan’lapar’. Ini bulan
lapar sebenar tetapi lapar sebab kekurangan air. Keadaan ini menyebabkan anda akan
makan secara berlebihan. Jangan memilih air bergula kerana ia akan merosakkan
plan diet anda.
TIP 5 : KEEEP MOVING!
-
Tiada lagi alasan untuk tidak bergerak. Pastikan
anda bersenam selama 30-45 minit / sesi, 4-5 seminggu. Lakukan sebarang
aktiviti yang anda gemari. Contohnya berjalan laju, berbasikal, berenang, main
badminton dan lain-lain lagi. Anda akan rasa lebih segar dan lebih cergas pada
tahun baru ini.
No comments:
Post a Comment