Saturday, 15 February 2014

INFO DIET: KURANGKAN BERAT BADAN DENGAN AIR BUAH-BUAHAN INFUSED!

Air mempunyai banyak manfaat berkaitan dengan penurunan berat badan termasuk:

v  Meningkatkan metabolisme anda.
v  mengurankan pengambilan snek atau makanan ringan.
v  membantu memecahkan sel-sel lemak dibadan dengan cara semulajadi.
v  Memastikan makanan bergerak melalui sistem pencernaan dengan sempurna
v  Menyingkirkan bahan-bahan toksin dari sistem.
v  Meningkatkan mood anda.
v  Mengurangkan keletihan otot semasa bekerja.
v  Membantu memulihkan dengan lebih cepat akibat daripada aktiviti lasak/senaman.
v  Memastikan organ-organ anda sihat semasa anda berpeluh.
v  Memastikan anda tidak berasa letih berlebihan pada sebelah petang.

Oleh kerana air infused dihasilkan dengan cara semulajadi, ia adalah rendah kalori dan tidak mengandungi bahan-bahan tiruan. Anda boleh minum sebanyak yang anda mahu. Infused water atau juga dikenali dengan spa water adalah air yang direndam dengan hirisan buah - buahan, sebaik-baiknya buah yang bersifat acid atau masam seperti lemon, limau, mangga, kiwi, epal, nanas, strawberi, belimbing dan alin-lain. Selain itu gabungan timun, daun pudina dan rempah - rempah lain seperti kayu manis atau halia juga boleh dibuat.



Infused water, menawarkan pelbagai manfaat bagi kesihatan tubuh anda (berdasarkan bahan yang anda rendam), di antaranya :

  • Strawberry dan kiwi boleh menjaga kesihatan jantung, menguatkan sistem imun, menurunkan gula darah, dan melancarkan pencernaan.
  • Teh hijau, daun pudina, dan limau bermanfaat membakar lemak, melancarkan pencernaan, melegakan sakit kepala, mengatasi sembelit, dan menyegarkan nafas .
  • Timun, limau nipis, dan lemon dapat mengawal nafsu makan, memudahkan pencernaan, dan mencegah kembung .
  • Lemon yang kaya dengan vitamin C dan antioksidan polifenol pula dapat menjaga keseimbangan pH tubuh, menguatkan sistem imun, mengurangkan risiko kanser, menjaga kesihatan buah pinggang dan mencegah influenza.
  • Limau dan halia dapat menjaga tekstur kulit dan membersihkan liver.

Cara Membuatnya ?

Mudah, Kita boleh memilih kombinasi buah yang disukai. Contohnya, untuk 100ml air kita boleh memasukkan 5-10 potong hirisan buah - buahan. Untuk strawberi, cukup sekadar hiris kepada dua bahagian saja, manakala untuk buah mangga, elok dipotong dadu agar tidak memenuhi bekas air dengan penuh. Untuk mendapatkan rasa pati buah, kita boleh menekan sedikit buahnya. Setelah selesai, simpan dalam peti sejuk dengan bekas yang tertutup. Semakin lama infused water ini disimpan, warnanya akan berubah mengikut buah - buahan yang kita gunakan. Di samping itu, pastikan buah-buahan tersebut tersebut telah dicuci bersih sebelum dihiris untuk agar segala racun perosak tidak melekat pada buah.
Berapa lama perlu direndam?
Dengan menyimpannya di dalam peti sejuk, sekurang - kurangnya 2 jam, kita sudah boleh meminumnya. Air yang sudah kita minum boleh kita isi ulang semula dengan hirisan buah yang sama. Tetapi, selepas 48 jam sebaik-baiknyanya diganti dengan yang baru. Jika disimpan di dalam peti ais, infused water ini boleh bertahan sehingga 5 hari, bergantung kepada jenis buah-buahannya.

No comments:

Post a Comment