Wednesday, 12 March 2014

Salam diet buat anda semua.....

BERAT BADAN NAIK?

Hurm... kita jadi runsing sampai boleh migrain dibuatnya dek berat badan yang naik. Apa boleh buat, semua baju yang dulu dah tak boleh digunakan lagi. Selera makan membuak-buak, dah hilang semua pantang larang. Nah sekarang mengadaplah badanku yang comel ini. Comel kan?!?

WANITA sangat sinonim dengan kecantikan, obses pulak tu. What-to-do.... Dah nama pun perempuan kannnn??!! Semenjak berat badan naik gila-gilaaaaaa ni, kadar kewarasan dan tahap confident aku makin menurun. Huh.... Sakit jantung kadang-kadang. Sebagai wanita yang berkerjaya, cheeeewaaaaah padahal kerani cabuk je, hihiiii (jangan marah naaa, nanti cepat tua) kita dah mula berfikir untuk kurus macam dulu (tua lah sangat....)  ala-ala Ogy Ahmad Daud dolu-dolu.... Cun kan?

So, apa nak buat ni??? Dah macam-macam ubat yang dah aku telan, cer bagitau ubat apa brand ubat kurus yang belum aku beli? Fellina, Sendayu Tinggi, DHerbs, Produk Orang Kampung? Tolak kayu dengan batu je yang semua kita belum telan.... Semuanya GAGAL! Nah ambik kau..... :(

Cari-cari, kaji dan terus mengkaji, di mana silapnya.... Kuang-kuang-kuang.....

AKHIRNYA..... kembali ke landasan yang sebenar. Cubalah untuk dapatkan beberapa pendapat daripada rakan-rakan yang rapat dan baik kawan sekolah mahupun rakan pejabat atau rakan ONLINE, tadaaaa............... Kita pasti teruja untuk berkongsi dengan pembaca di blog yang saban hari dilanda nasib yang sama dengan diri kita yang malang ini. Pasti, kita tidak mahu mereka terus HANYUT dengan iklan-iklan yang tak semenggah itu yang akhirnya akan membawa kemudaratan SEPERTI AKU!

Justeru, blog 1stclassdiet ini adalah kepada semua anda-anda-anda yang 1stclass untuk mengetahui apakah 1stclass tip-tip untuk 1stclass diet, menarik kan?

Moga-moga sedikit sebanyak dapat mengurai 1001 soalan yang terbenak di fikiran kita selama ini tentang fakta-fakta diet yang sebenar. Janganlah kita sangka diet itu sekadar menahan lapar dan dahaga ya...

ENJOY, nora kasi 4 bintang......

No comments:

Post a Comment