Saturday, 8 March 2014

INFO DIET: HIDU PISANG TURUN BERAT BADAN



Tubuh langsing menjadi idaman kebanyakan semua orang terutamanya wanita, mereka lazimnya sanggup mencuba pelbagai cara untuk tujuan tersebut. Kini mereka boleh menurunkan berat badan dengan kos yang sangat murah iaitu dengan mencium bau pisang.

Menurut laman web seriousfacts.com, Kajian telah dilakukan oleh Smell and Taste Treatment and Research Foundation di Chicago, America Syarikat membabitkan 3,193 wanita yang berusia 18 hingga 64 tahun dengan berat badan berlebihan. Peserta diminta menghidu bau buah-buahan seperti pisang, epal hijau, pudina and vanila sebanyak 3 kali ketika lapar.

Hasil kajian mendapati, bau buah pisang dan epal hijau menjadi aroma yang boleh membantu menurunkan berat badan. Kajian selama enam bulan itu membuktikan responden kehilangan 2 hingga 3 kilogram setiap bulan sekiranya menghidu bau buah-buahan terbabit.


Penyelidik turut menguji manfaat daripada bau makanan dan ternyata terdapat bau tertentu yang mengurangkan rasa lapar.

No comments:

Post a Comment