BMI
(Body Mass Index) atau dikenali sebagai Indeks Jisim Tubuh dalam Bahasa Melayu
merupakan satu piawai pengukuran bagi menentukan berat badan yang unggul.
Secara amnya kaedah pengukuran ini dibahagikan kepada 4 tahap yang setiap
satunya mewakili 1 peringkat tertentu iaitu
Kurang
dari < 20 =
Kurus
20
hingga 25 = Berat badan unggul
25
hingga 30 = Berat badan berlebihan
Lebih
dari > 30 =
Obesiti
Cara
mengira BMI (Body Mass Index) / Indeks Jisim Tubuh pula adalah seperti berikut:
BMI
= Berat (kg) / [Tinggi (m) x Tinggi (m)]
Berat
tubuh badan (KG) dibahagikan dengan Ketinggian (M) kali dengan Ketinggian (M),
Berat tubuh badan (KG) dibahagikan dengan Ketinggian kuasa 2 ataupun Berat
tubuh (KG) dibahagikan dengan Tinggi (M) dan dibahagikan sekali lagi dengan
Tinggi (M).
Contoh:
Katakan
berat badan anda 55 kg dengan ketinggian 1.56 m
Cara
Pengiraan BMI:
Cara
mengira BMI 1: 55 / (1.56 x 1.56)
Cara
mengira BMI 2: 55 / 1.56²
Cara
mengira BMI 3: 55 / 1.56 / 1.56
Untuk
pengetahuan anda, julat sihat BMI ialah daripada 20 hingga 25. Perlu diingat
bahawa pengiraan BMI hanya boleh diterima pakai jika anda berumur antara 18
hingga 64 tahun sahaja kerana golongan ini mempunyai saiz dan komposisi tubuh
yang lebih stabil.

No comments:
Post a Comment