Kata orang “kesihatan kita berpunca
daripada makanan yang kita makan” dan ia sememangnya benar. Jika anda
mengamalkan diet sihat yang kaya dengan mineral dan vitamin, dan badan anda
akan merasai kesannya. Anda akan kekal sihat, bertenaga dan hebat. Walau
bagaimanapun, jika anda mengehadkan diet anda hanya kepada makanan ringan,
badan akan menderita akibat kesan daripada nutrisi yang tidak mencukupi.
Kesannya bukan sahaja membuatkan badan anda kelesuan dan kurang bertenaga
tetapi ia juga akan membuatkan anda menghadapi masalah kesihatan. Artikel ini
bertujuan untuk menerangkan hubung kait antara kesihatan dan diet anda dan cara
untuk mengamalkan diet yang sihat.
Amalan
Diet dan Kesihatan Anda: Apa Yang Diperlukan Oleh Badan Anda
"Makanan adalah sesuatu yang
penting tetapi ramai orang memandang remeh tentang keperluan makanan yang
bernutrisi” kata-kata ini dipetik daripada Anne Wolf, RD, penyelidik dari University
of Virginia School of Medicine. Anne juga memberikan contoh bagaimana pelayar
zaman dahulu berlayar berbulan-bulan di lautan tanpa makanan yang bernutrisi
yang cukup akhirnya mengalami masalah berat badan yang amat teruk akibat
kekurangan zat makanan seperti vitamin C. Vitamin C, dan vitamin-vitamin lain
dan juga mineral amat diperlukan untuk mengekalkan fungsi dan kesihatan anggota
badan lain.
Walau sekecil mana pun yang anda
makan, nutrisi amat penting kepada badan anda. Menurut Anne lagi, "Makanan
membuatkan otak kita untuk berfikir dan tenaga untuk mengerakkan semua otot
kita, mineral pula membuatkan anggota badan kita untuk berfungsi. Anda bukan
sahaja untuk memastikan anda sihat tetapi untuk membuatkan anda rasa selesa”.
And the only way the body will get
the many nutrients needed to stay healthy and function is by eating a wide
variety of healthy foods.
Amalan
Diet dan Kesihatan Anda: Peraturan
Menurut Jabatan Agrikultur Amerika
Syarikat, piramid makanan dan cadangan pemakanan harian dibuat hasil kajian
yang intensif dan terus menerus dikemas kini akibat daripada kesan dan peranan
nutrisi kepada kesihatan yang baik. Matlamat mereka adalah untuk memastikan
orang ramai memahami kebaikan nutrisi-nutrisi yang ada terhadap kesihatan
mereka.
Makanan bukan sahaja untuk
memastikan badan kita berfungsi tetapi menjadi kunci yang amat penting bagi
membuatkan badan berfungsi secara menyeluruh. Kajian menunjukkan, pengambilan
nutrisi yang tepat dapat mengoptimumkan kesihatan dan vitamin dan mineral yang
mencukupi akan mengurangkan risiko menghidapi penyakit.
Amalan
Diet dan Kesihatan Anda: Diet Yang Tidak Sihat, Kesihatan Merosot
Kebanyakan makanan memberikan kesan
yang besar terhadap kesihatan jantung. Kajian jelas menunjukkan buah-buahan dan
sayur-sayuran, diet yang kaya dengan bijirin dan pengambilan makanan yang tidak
berlemak dan melindungi badan daripada mendapat penyakit jantung dan tekanan
darah tinggi manakala diet yang akan tidak mengambil buah-buahan dan
sayur-sayuran tetapi kurang mengambil makanan yang berlemak lebih berisiko
mendapat penyakit-penyakit tersebut.
Kesan negatif ke atas badan anda
walaupun anda hanya sedikit kesilapan semasa diet anda. Masalah kesihatan yang selalu
terjadi akibat daripada kekurangan nutrisi seperti zat besi menurut Anne. Kaum
wanita dan remaja perempuan yang haid memerlukan banyak makanan yang kaya
dengan zat besi untuk mengganti apa yang hilang semasa haid terjadi. Zat besi
juga penting untuk bayi, kanak-kanak dan remaja.
Kalsium juga tidak kurang
pentingnya, contohnya, ia memastikan tulang-tulang kekal sihat dan kuat. Tanpa
kalsium, badan akan membuatkan proses osteoporosis berlaku dengan cepat dan
membuatkan tulang menjadi lemah dan mudah retak.
Pemakanan yang sihat dan diet yang mengikut
peraturan mesti seiringan bagi memastikan segala nutrien dan mineral yang
diperlukan oleh badan mencukupi. Ingatlah bahawa badan kita akan menerima
segala apa yang dimakan dan makanan yang dimakan menentukan baik buruk kesannya
terhadap badan.
No comments:
Post a Comment