Friday, 7 March 2014

Info Diet: Amalan Diet dan Kesihatan Anda

Amalan Diet dan Kesihatan Anda
Nutrien bukan sahaja penting di dalam kehidupan, tetapi untuk kehidupan yang sihat. Pelajari tentang kaitan pemakanan dan kesannya ke atas anda.
Diterjemah Oleh: Mohd Sofian Muhammad pyann99p@hotmail.com  

Sumber: Diana Rodriguez dan Christine Wilmsen Craig, MD @ Everydayhealth.com


Kata orang “kesihatan kita berpunca daripada makanan yang kita makan” dan ia sememangnya benar. Jika anda mengamalkan diet sihat yang kaya dengan mineral dan vitamin, dan badan anda akan merasai kesannya. Anda akan kekal sihat, bertenaga dan hebat. Walau bagaimanapun, jika anda mengehadkan diet anda hanya kepada makanan ringan, badan akan menderita akibat kesan daripada nutrisi yang tidak mencukupi. Kesannya bukan sahaja membuatkan badan anda kelesuan dan kurang bertenaga tetapi ia juga akan membuatkan anda menghadapi masalah kesihatan. Artikel ini bertujuan untuk menerangkan hubung kait antara kesihatan dan diet anda dan cara untuk mengamalkan diet yang sihat.
Amalan Diet dan Kesihatan Anda: Apa Yang Diperlukan Oleh Badan Anda
"Makanan adalah sesuatu yang penting tetapi ramai orang memandang remeh tentang keperluan makanan yang bernutrisi” kata-kata ini dipetik daripada Anne Wolf, RD, penyelidik dari University of Virginia School of Medicine. Anne juga memberikan contoh bagaimana pelayar zaman dahulu berlayar berbulan-bulan di lautan tanpa makanan yang bernutrisi yang cukup akhirnya mengalami masalah berat badan yang amat teruk akibat kekurangan zat makanan seperti vitamin C. Vitamin C, dan vitamin-vitamin lain dan juga mineral amat diperlukan untuk mengekalkan fungsi dan kesihatan anggota badan lain.
Walau sekecil mana pun yang anda makan, nutrisi amat penting kepada badan anda. Menurut Anne lagi, "Makanan membuatkan otak kita untuk berfikir dan tenaga untuk mengerakkan semua otot kita, mineral pula membuatkan anggota badan kita untuk berfungsi. Anda bukan sahaja untuk memastikan anda sihat tetapi untuk membuatkan anda rasa selesa”.
And the only way the body will get the many nutrients needed to stay healthy and function is by eating a wide variety of healthy foods.
Amalan Diet dan Kesihatan Anda: Peraturan
Menurut Jabatan Agrikultur Amerika Syarikat, piramid makanan dan cadangan pemakanan harian dibuat hasil kajian yang intensif dan terus menerus dikemas kini akibat daripada kesan dan peranan nutrisi kepada kesihatan yang baik. Matlamat mereka adalah untuk memastikan orang ramai memahami kebaikan nutrisi-nutrisi yang ada terhadap kesihatan mereka.
Makanan bukan sahaja untuk memastikan badan kita berfungsi tetapi menjadi kunci yang amat penting bagi membuatkan badan berfungsi secara menyeluruh. Kajian menunjukkan, pengambilan nutrisi yang tepat dapat mengoptimumkan kesihatan dan vitamin dan mineral yang mencukupi akan mengurangkan risiko menghidapi penyakit.
Amalan Diet dan Kesihatan Anda: Diet Yang Tidak Sihat, Kesihatan Merosot
Kebanyakan makanan memberikan kesan yang besar terhadap kesihatan jantung. Kajian jelas menunjukkan buah-buahan dan sayur-sayuran, diet yang kaya dengan bijirin dan pengambilan makanan yang tidak berlemak dan melindungi badan daripada mendapat penyakit jantung dan tekanan darah tinggi manakala diet yang akan tidak mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran tetapi kurang mengambil makanan yang berlemak lebih berisiko mendapat penyakit-penyakit tersebut.
Kesan negatif ke atas badan anda walaupun anda hanya sedikit kesilapan semasa diet anda. Masalah kesihatan yang selalu terjadi akibat daripada kekurangan nutrisi seperti zat besi menurut Anne. Kaum wanita dan remaja perempuan yang haid memerlukan banyak makanan yang kaya dengan zat besi untuk mengganti apa yang hilang semasa haid terjadi. Zat besi juga penting untuk bayi, kanak-kanak dan remaja.
Kalsium juga tidak kurang pentingnya, contohnya, ia memastikan tulang-tulang kekal sihat dan kuat. Tanpa kalsium, badan akan membuatkan proses osteoporosis berlaku dengan cepat dan membuatkan tulang menjadi lemah dan mudah retak.
Pemakanan yang sihat dan diet yang mengikut peraturan mesti seiringan bagi memastikan segala nutrien dan mineral yang diperlukan oleh badan mencukupi. Ingatlah bahawa badan kita akan menerima segala apa yang dimakan dan makanan yang dimakan menentukan baik buruk kesannya terhadap badan.

No comments:

Post a Comment