GAYA HIDUP SIHAT
Gaya hidup
sihat merupakan suatu amalan kehidupan yang membina dimana ia dapat membawa
kesan yang positif kepada seseorang individu , institusi keluarga dan juga
masyarakat. Gaya hidup sihat merupakan salah satu aspek yang penting dalam
menjaga tahap kesihatan seseorang. Antara contoh amalan gaya hidup sihat ialah
seperti makanan yang seimbang, aktiviti senaman, tidur atau rehat yang
mencukupi, cara pergaulan dengan manusia di sekeliling, kebersihan dari segi
mental, fizikal dan persekitaraan dan banyak lagi. Kesemua amalan gaya hidup
yang positif ini membawa kepada banyak manfaat dan kebahagian kepada kehidupan
kita.
Kepentingan
Gaya Hidup Sihat.
a)
Memastikan tahap kesihatan yang baik
Kebaikan utama gaya hidup yang sihat ialah amalan yang membina ini sentiasa
memastikan tahap kesihatan berada dalam keadaan yang baik. Sebagai contohnya,
gaya hidup sihat selalu memberi faedah kepada kecergasan fizikal. Misalnya ,
dengan melakukan aktiviti senaman secara kerap , kehidupan seseorang itu
menjadi lebih sihat dan menceriakan. Senaman seperti bersukan, berekreasi,
bersenam robik, berjalan dan berlari memastikan tubuh kita menjadi cergas dan
sistem peredaran darah menjadi lebih teratur. Pada masa yang sama, sistem
imunisasi manusia menjadi lebih cekap dan seterusnya stamina dan kekuatan dapat
dibina. Selain daripada itu, amalan gaya hidup yang sihat juga menggurangkan
risiko menghadapi penyakit berbahaya. Sebagai contohnya, apabila kita sering
melakukan senaman ataupun mengambil makanan dengan kadar nutrisi yang betul,
maka kita dapat mengelakkan diri daripada pendedahan kepada penyakit berbahaya.
Misalnya, penyakit seperti diabetes dan penyakit jantung sering mencari mangsa
yang kurang mengamalkan amalan gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok dan
makan makanan yang berkolestrol.
b)
Menstabilkan kesihatan mental dan mengurangkan tekanan
Seterusnya,
gaya hidup sihat juga menjamin kestabilan kesihatan mental serta sentiasa
mengawal ataupun mengurangkan tekanan. Sebagai contohnya, amalan berehat dan
tidur dengan kadar yang mencukupi dapat mengurangkan tekanan dan menenangkan
tubuh badan serta minda. Dengan bersikap lebih prihatin terhadap masa rehat dan
masa tidur proses metabolism juga dapat dijalankan dengan lancer. Berikutan
dengan itu, gaya hidup sihat yang lain seperti pemikiran positif mampu memberi
jalan penyelesaian bagi kemelut–kemelut yang serius tanpa mengadapi tekanan
yang berlebihan. Ini adalah kerana tekanan yang kita hadapi kadang kala boleh
menjuruskan kepada masalah mental ataupun masalah sosial seperti pembuangan
bayi, vandalisme dan sebagainya.
c)
Mendisiplinkan masyarakat
Pada masa yang sama, gaya hidup yang sihat juga melahirkan insan yang disiplin
dan sihat dari segi fizikal dan persekitaraannya. Misalnya, seseorang yang
mengamalkan gaya yang positif akan sentiasa menjaga kebersihan diri sendiri dan
juga persekitaraanya. Dengan mengutamakan kebersihan , maka kita dapat
menghalang wabak-wabak penyakit dari terus tersebar. Di samping itu, kita juga
dapat hidup dalam suasana yang sihat dan harmoni. Amalan seperti menjaga
kebersihan diri serta persekitaraan melalui mandi, berpakaian bersih,
gotong-royong dan membuang sampah-sarap dalam tong sampah akan membentuk
disiplin dan peribadi seseorang.
Kepentingan
Gaya Hidup Sihat Yang Lain..
a)
Rakyat yang mengamalkan gaya hidup sihat dapat melahirkan sebuah negara yang
maju.
b) Mewujudkan
keluarga yang dapat memenuhi fungsi-fungsi dari segi biologi, sosial, dan
psikologi secara optimum.
c)
Mengekalkan jaringan hubungan antara masyarakat.
d)
Mengurangkan masalah sosial di kalangan remaja.
Langkah-
Langkah Ke Arah Gaya Hidup Sihat
a)
Makan Makanan Yang Seimbang Dan Berkhasiat
b) Menjalinkan hubungan baik dengan keluarga, jiran dan rakan- rakan
c) Mengambil rehat yang mencukupi
d)
Melakukan aktiviti fizikal
e)
Menjaga kebersihan
Kesimpulannya, amalan gaya hidup sihat amat penting kepada semua lapisan
masyarakat untuk menikmati tahap kesihatan yang baik serta optimum. Oleh itu,
kita harus mempunyai kesedaran untuk menggiatkan lagi mutu penjagaan kesihatan.
http://kesihatansemua.blogspot.com/2010/09/gaya-hidup-sihat-gaya-hidup-sihat.html
No comments:
Post a Comment